anak panah

Cute Polka Dotted Magenta Bow Tie Ribbon

Monday 28 November 2011

Gelagat geng C1O1 college Islamic university of technology semester 1


Kami students college islamic university of technology semester 1 intake julai & ogos 2010 . . 6 jun 2010 bermulalah hidup baru saya sebagai seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta di port dickson , negeri sembilan . . saya azera binti kasim bakal menjadi graduasi diploma pendidikan pra sekolah . . INSYAALLAH :) first time saya berjauhan dengan keluarga , cuak + sebak ! nak tahu kenapa ? dengan jujurnya saya bagitahu , segala keperluan saya sebelum ni semuanya diuruskan oleh ibu . . nak makan ibu sediakan . . baju sekolah ibu basuhkan , kadang-kadang siap ironkan sekali . . kerja rumah ? ngee~ memang jaranglah saya buat . . masak ? lagilah tak pernah sentuh ! kerja saya , makan , makan dan makan :) senang cerita semua benda , ibu yang uruskan lah ! terlampau manja kan saya ? memanglah manja , sayalah satu-satunya puteri tunggal ibu dan ayah . . thats why lah rasa kelang-kabut sikit when dah masuk kolej . . semua benda nak buat sendiri . . berdikari lah katakan . . makan masa juga saya nak sesuaikan diri kat kolej tu . . Yela kan , dari duduk bandar , hari-hari dengar bunyi kereta motor semua tiba-tiba pula kena duduk kampung . . solok pula tu , buka tingkap nampak hutan dengan laut je . . sumpah bosan ! tak de life kot :( pasal makan pula , saya anti pedas ! kena pula duduk negeri sembilan , semua makanan tak lengkap kalau tak pedas . . Wow ! setiap kali nak makan je confirm menangis then call mengadu kat ibu :( But , dah lama-lama kat sini boleh lah terima sikit-sikit makanan kat kolej tu . . segala keperluan pun dah pandai lah juga uruskan sendiri . . ALHAMDULILLAH !

lets me introduce one by one of my roomate at kolej uniti . . bermula dari sebelah kanan , gadis berbaju pink dari perak yang bernama nur syazwani binti mohd nur raimi chai . . Wanie sama course dengan saya dan juga satu kelas . . Dia seorang yang pendiam dan always lonely dalam apa benda yang dia buat . . hidup dia rapat dengan handphone . . handphone tak kan lekang dari tangan dia setiap hari . . setiap malam kerja dia on call , on call dan on call . . even tengah study pun dia sempat on call :) sebelah dia pula , gadis kelantan yang bernama siti norashikin binti ali baluddin a.k.a mek klate . . dia ni pula first time saya dengar dia bercakap , sepatah haram kitaorang tak faham . . pekat gila kot loghat kelantan dia but dia okay lah . . dia satu kelas and satu course gak dengan saya . . belakang ekin , tu nurhafiza binti abd rasyid . . minah sorang ni memang gemble ! daftar kolej dengan slumber je dia freehair . . perhh ai , geram pula saya . . kitaorang punya panas berapi bertudung bagai , dia senang lenang freehair . . eyza selalu pegang dengan prinsip hidup dia iaitu kubur masing-masing . . best layan otak dia niy , mangkau semacam . . hehehe . . dia sorang je student perempuan yang ambil course diploma computer network . . suka hati dia je nak buat kelas sendiri . .

then , turn to introduce girl sebelah eyza . . si zainoor izafazira binti abu bakar yang terkenal dengan sikap cepat touching dan panas baran dia tu . . bagai nak terbarai pintu bilik kitaorang tu cause selalu sangat dihentaknya . .hahahaha . . dia memang suka sorok badan time snap picture :) zainoor datang study kat uniti ni dengan kawan baik dia . . nurul nor syakila binti yohanis , girl yang berjubah hitam depan dia tu . . diaorang bakal graduasi diploma pengurusan perniagaan . . first time dia duduk satu rumah dengan kitaorang , naik menyampah kot kitaorang . . kerja diaorang asyik nak tergelak je . . bising lorhh ! last-last kitaorang pon dah tersampuk penyakit sawan gelak diaorang tu . . kami semakin rapat . .

Mimie mashiera binti abu samah . . minah tudung pink tu , dapat gelaran mak ayam dari kitaorang . . dalam rumah nak berkemban je . . haha . . dia ni masuk lambat sikit dari kitaorang . . dia masuk sama dengan minah pakai baju biru tu . . ummi kalthum binti araf . . diaorang satu course juga dengan saya . . ramai bakal cikgu-cikgu tadika kat dalam rumah kitaorang tu . . belakang ummi tu nak tahu siapa ? dia kawan baik saya ! nursuliana binti mohd sofian . . kami kawan rapat sejak sekolah lagi . . semua benda mesti nak bersama . . sampai ibu-ibu kitaorang cakap , kalau kitaorang ni sorang lelaki dan sorang perempuan . . dah dinikahkan dah ! asyik nak berkepit je . . hehe . . asue ni pula bakal pegawai bank muamalat . . keislaman itu penting ! last one , minah baju merun tu . . nurazyyati binti azhari a.k.a kak long or chef ! hehe . . kitaorang panggil dia kak long sebab terserlah perangai anak sulung dia kat dalam rumah kitaorang padahal ramai lagi anak sulung yang tak sedar diri kat dalam rumah tu . . masak , memang kerja dia . . cita-cita nak jadi chef dihalang oleh keluarga . .kesian dia kan ? :( cikgu tadika juga pilihan terakhir dia . .

pelbagai ragam dan gelagat roomate saya ni kan ? C101 , rumah hot kat uniti tu . . korang ada ? tak kan ? so , diam ! haha . . kalau korang nak tahu , ni lah gambar pertama dan terakhir kitaorang bersepuluh . .  lepas snap picture ni , semua berpecah :( ekin dengan asue tukar kolej kat unisel . . ummi  dengan kak long pindah bilik atas sebab-sebab tertentu . . and , the latest mimie . . pindah last minit sebelum final . . tinggal lah kami berlima . .walau apa pun terjadi , jauh mana pun korang pergi . . thanks sebab pernah jadi kawan saya . . korang selalu mengindahkan hari-hari saya . . hope , satu hari nanti , cita-cita kita akan tercapai . . segulung diploma akan kita genggam juga , INSYAALLAH ! kecik love you all :)

No comments:

Post a Comment